Terma

Di U-MOODA, kami komited untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda mudah dan lancar. Sila baca terma dan syarat-syarat kami sebelum membuat pembelian dengan kami. Sila pastikan anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi dan mengikuti terma dan syarat di bawah beserta polisi kerahsiaan kami.

 

Membuat pembelian

Di U-MOODA, kami tidak boleh membatal ATAU mengubah pesanan yang dibuat secara berasingan dan yang sudah dibayar. Sila pastikan barangan, kuantiti dan alamat adalah tepat sebelum anda membuat pembayaran.

Pembundaran nombor yang ditunjukkan di invois (jika ada) adalah rujukan titik perpuluhan hasil beberapa mekanisme perbundaran nombor.

Proses penghantaran (Kurier) mengambil masa antara 2-5 hari bekerja selepas proses pembayaran dibuat.

Apabila Pengesahan Pesanan dihantar ke emel atau nombor telefon anda, produk anda berada di bawah tanggungjawab pihak ketiga (pembekal servis penghantaran kurier) dan kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan pesanan anda jika bukti penghantaran dibekalkan. Sebarang aduan perlulah dibuat kepada pihak ketiga (pembekal servis penghantaran kurier) dan kami akan membantu usaha anda untuk mendapatkan ganti rugi (jika ada).

 

Pembayaran

Semua pembayaran yang dibuat mestilah dibuat kepada UMOODA NUTRISCIENCE RESOURCES. Urusan pembayaran tak dikira lengkap selagi semua amaun pembayaran tidak diterima oleh kami.

Harga dan kadar penghantaran tertakluk kepada perubahan tanpa notis tetapi tidak akan mempengaruhi pesanan yang telah pun diterima oleh pihak kami.

 

Pertukaran/pemulangan pesanan

Sebarang pesanan yang telah di bayar tidak boleh dibatalkan.
Jika berlaku Sebarang kerosakan dari pihak ke – 3 & kecuaian dari pihak ke – 3, Maka kami tidak akan bertanggung jawab. Kerana langkah pencegahan iaitu pembukusan yang sesuai telah di buat .

Kami akan mengenakan bayaran kos pengeposan untuk penghantaran semula. .

 

Penggunaan produk

Pembeli dinasihatkan untuk membaca panduan mengguna produk di label.

 

Penggunaan laman web

umooda.my boleh memaparkan gambar, artikel, informasi, imej digital, teks, data, permainan, bancian, pertandingan, promosi, pengiklanan, logo, hakcipta dan apa jua bentuk konten* yang kami rasakan menarik untuk pelanggan dan pengunjung kami. Konten ini boleh dipapar, dipindah, dikongsi dan disimpan oleh pelanggan dan pengunjung laman web kami. Bagaimanapun hak milik semua konten ini masih menjadi kepunyaan umooda.my. Dengan memuat turun atau menyimpan konten kami, ia tak bermaksud pelangan atau pengunjung mempunyai hak kepunyaan terhadap konten kami. umooda.my mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan kontennya tanpa kebenaran.

umooda.my dimiliki UMOODA NUTRISCIENCE RESOURCES. (002869525-K) mempunyai hak untuk membuat perubahan terhadap mana- mana terma dan syarat ini.

 

Drop a message